Abang Aiman Balik Malaysia

Abang Aiman

Pada tanggal 2hb. Julai,2006 lebih kurang jam 11:00pm, tibalah saat-saat yang menyedihkan dimana “abang Aiman” terpaksa berangkat pulang ke Malaysia. Walaupun, abang Aiman terkenal dengan perkataan ” Aiman Tak Kesah..!!”, namun terpampang di wajah abang Aiman kesedihan kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan (aku dah kira pangkat pakcik) yang selama ini telah menganggap abang Aiman sebahagian daripada keluarga disini.

Seeb, Kesultanan Oman hari selasa yang lepas.

Abang Aiman, merupakan pelajar UTM, Skudai Johor yang mana menjalani latihan “praktikal” di Muscat Oman. Beliau tiba di lapangan terbang kesultanan pada pertengahan bulan Disember tahun lepas. Hari demi hari, minggu berganti minggu dan bulan silih berganti, masa yang di lalui oleh anak muda ini seakan cepat berlalu.

Abang Aiman mempunyai keperibadian yang baik dan saling menghormati diantara satu sama lain. (memang sentiasa aku nampak abang Aiman nie kat “Masjid Taimur” selepas sembahyang Jumaat). Merupakan seorang yang senang didekati dan walaupun masih muda belia tetapi mempunyai fikiran yang “dewasa”. Bak kata pepatah, “kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi……..”, akan tetapi bagi abang Aiman,……..”Aiman tak kesah”….

 cimg0340-corpped.jpg

 antara, pengiring-pengiring yang sempat mengiring abang Aiman di Air Port.

 Khas juga untuk abang Aiman, daripada adik-adik disini, Nabila, Hakeem dan Nadhirah masing-masing,

 nabila-fun-face-corpped.jpghakeem-fun-face-corpped.jpgfun-face-2-dik-a-corpped.jpg

Sudah semestinya, adik-adik akan merindui abang Aiman dan tak lupa jua, nasihat daripada Hj Amin kita yang mana sama sebaya dengan abang Aiman cuma umur sahaja yang membezakan, (tu belum tolak cuti-cuti am dan cuit-cuti yang digezetkan lagi tu…. kalau tak mau lebih muda).

Akhir kata, do kesyukuran kehadrat ilahi dan semoga abang Aiman selamat sampai ke tanah air dan berjaya sementara di dunia dan kekal di akhirat. Namun kata-kata hhikmat yang diberikan adalah semangat kepada abang Aiman kerana “we didn’t want you to pay us, just always remember us….” dan kami percaya bagi abang Aiman ini semua adalah lumrah ilahi yang menjadikan setiap permulaan itu ada pengakhirnya, setiap perjalanan ada destinasinya, setiap matlamat ada pencapaiannya, setiap tujuan ada maksudnya dan semua yang hidup akan mati….. sesungguhnya allah kekal abadi……….. dan kami percaya abang Aiman akan senantiasa mengiangati kami disini… kerana…………………………………………..

                                                       “Aiman tak kesah………………………………………………..”

wassalam

miester :- tengah tercari-cari tiket murah nak balik kampung, kalo tak dapat kena naik jet ski ler jawapnya….

3 Respons

  1. name deea ‘Nadira’ laa… 😀
    nice

  2. mabrookkkk……..gsm, ac, watchdog, too much…….

  3. adasdad

Tinggalkan Jawapan kepada Deea Batal balasan