Menziarahi Makam Nabi Ayub AS – Salalah

Pada tanggal 76hb. Ogos,2008 (Khamis) jam 3:00am, kami bertolak dari Muscat ke Salalah dengan menaiki sebuah kenderaan. Saya memandu memacu terus ke Selatan menghala ke NIZWA, Hj Zunaidi duduk di sebelah kanan saya manakala Pak Kiai Warid dan Pak Kiai Gus masing-masing duduk di belakang (Kiai dari Surabaya, Indonesia).

Sebelum kami sampai di Nizwa, setelah melewati Semail, kami berhenti untuk solat Subuh dan menyambung kembali perjalanan ke Adam.

Setelah kami sampai di Adam, lebih kurang 250km dari Muscat, kami bercadang untuk berhenti sejenak selama 30 minit untuk mengisi minyak kenderaan dan berehat. Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ker Qarn Al Alam. Setelah memandu lebih kurang 185km melewati Qarn Al Alam, kami berhenti untuk bersarapan pagi di Haima. Masing-masing menikmati 2 keping “porata” dengan “Dal fry” dan secawan teh. Kami juga mengambil kesempatan mengisi minyak kenderaan sekali lagi kerana kami bercadang untuk meneruskan perjalanan terus ke Salalah mengikuti Qitbid. Hj Zunaidi mengambil alih sebagai pemandu dan saya mengambil kesempatan didalam 2 jam untuk melelapkan mata.

Setiba di Haima, kami berhenti sekali lagi dan saya mengambil alih sebagai pemandu dan Hj Zunaidi berehat di sebelah saya dan melelapkan mata.

Pada awalnya, kami bercadang untuk melewati Nimr, seterusnya ke Selatan Marmul dan terus ke Salalah. Namun, setelah berfikir akan keselesaan apabila kami sampai dipersimpangan Mukhaizna, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan melalui Qitbid. Minyak kereta di pastikan penuh, kerana kami terpaksa melalui perjalanan yang jauh sebelum menemui stesen seterusnya untuk mengisi minyak.

Perjalanan kami membuahkan keseronokan apabila jangka suhu yang terdapat didalam kenderaan menunjukkan penurunan yang berterusan dan ini bermakna kami semakin hampir di kawasan pergunungan sebelum menempuh Salalah. Perjalanan yang jauh, merentasi padang pasir yang bersuhu sehinggan mencecah 44 darjah celcius, mengakibatkan penghawa dingin kereta kami seolah-olah tidak berfungsi.

Di singkatkan cerita, kami sampai di Salalah padan jam 2:00pm, dan salah seorang rakan Hj Zunaidi telah menunggu kami di sana. Didalam pengiraan, kami mengambil masa selama 11 jam merentasi padang pasir sebelum sampai di Salalah. Ini adalah kerana, kami berhenti di beberapa perhentian untuk “refreshment” sebelum menyambung kembali perjalanan.

Setibanya di Salalah, Sheik Saif menyambut kami dengan hati yang riang dan mempelawa kami menjamu selera bersama-sama keluarga beliau. “Laham mendi”(makanan Yameni)…. “Laham Ghanam”(daging kambing), itulah menu untuk makan tengah hari itu. kai menjamu selera sebelum ke matlamat kami.

Makan Nabi Ayub AS.

Kami meneruskan perjalanan lebih kurang 25km ke puncak gunung dimana di percayai terletakkan makam Nabi Ayub AS.

bergambar bersama (depan: Hj Zunaidi, Pak Kiai Wirid, M dan Pak Kiai Gus)

Perjalanan kami mengambil masa setengah jam kerana cuaca yang berkabus dan jalan yang basah. Nabi Ayub merupakan seorang yang tabah dan sabar menghadapi ujian dariada ALLAH swt. Di riwayatkan bahawa syaitan laknatullah telah mendengar perbualan malaikat di bumi menceritakan kehebatan keimanan Nabi Ayub. Lalu dengan rasa tidak senang, syaitan laknatullah berusaha untuk menggoda Nabi Ayub dan ternyata menemui kegagalan lalu menghadap ALLH swt menyatakan hasratnya untuk menggoda Nabi Ayub. Pelbagai cara digunakan untuk menggoda Nabi Ayub, Namun ternayata tidak berjaya. Kekentalan ketaatan Nabi Ayub terhadap ALLAH swt tiada tolok bandingnya.

kesan tapak kaki di percayai kepunyaan Nabi Ayub

Kesan tapak kaki Nabi Ayub di perkarangan luar jalan pintu masuk kemakam beliau. Dapat di lihat dengan jelas tapak kaki tersebut dan atas dan dinyatakan juga bahawa besebelahan tapak kaki gtersebut terdapat kesan tak ladam kuda kepunyaan Nabi Ayub.

makam Nabi Ayub dijaga dengan sempurna oleh penjaga bernama Sheikh Salim.

doa di depan pintu masuk ke makam Nabi Ayub

M bergambar di hadapan pintu masuk Makam Nabi Ayub

Cuaca di persekitaran makan adalah berkabus (berawan). Di sebelah ki gambar ini terdapat kawasan dimana di percayai tempat Nabi Ayub menyembah ALLAH swt ketika bersyukur diatas nikmat yang diberikan kepadanya.

mesjid ini terletak di hadapan makam Nabi Ayub, kami berempat bersembahyang di Masjid ini sebelum melawat Makam.

sepotong ayat suci Al Quran Al Qarim di dinding makam Nabi Ayub.

— bersambung dengan makam Nabi Imran selepas ini.

About these ads

5 Respons

  1. seronoknya, tak pernah sampai ke Salalah. Dont foegt to go the “Zero Gravity” spot somewhere close to Yemen..

  2. yea… plan nak g jugak nanti

  3. salam kenal. jumpa blog saudara masa dok cari-cari info berkenaan maqam nabi ayub di salalah. saya tinggal di abu dhabi. berapa lama perjalanan masa ya?sekadar bertanya. Jazakallah khair

  4. Saya dah balik Melaysia. Makam nabi Ayub terletak diatas bukit di Salalah, 2020km dari Muscat, Oman. Sebaiknya mulakan perjalanan selepas subuh, atau sebelum subuh dan solat ketika didalam perjalanan. banyak Masjid ada.

    Bawa 4 wheel drive dan elakkan memandu dengan kereta berkuasa kecil. Perjalanan jauh dan mengantuk, lebih kurang 10 jam dan itupun dengan kenderaan yang di pandu dengan laju. Jika bercadang utk kesana bersama keluarga, harap lebih berhati-hati dan berikan lebih masa untuk memandu.

  5. Hi M,
    nice info…actually for sharing, sy ada share berkenaan makam Nabi Imran a.s…but terlalu sikit info yg ada kt internet ni…so if u have anythg to share pls drop at my blog as follows ky (>__<)
    http://mcammcamada.blogspot.com/2012/05/kubur-terpanjang-di-dunia-longest-grave.html
    wassalam, RaRa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: